Saya keluar Umno

Bekas Perdana Menteri dan Ahli seumur hidup Umno, Tun Dr Mahathir Mohamed mengumumkan langkah keluar dari parti berkenaan berkuat kuasa serta merta atas rasa tidak puas hari dengan kepimpinannya sekarang.
Tun hanya akan menyertai parti itu sekiranya Presiden Umno sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi berkuasa.
Difahamkan, tindakan mengejut Tun itu adalah disebabkan kepimpinan Umno sekarang tidak lagi banyak memainkan peranan untuk membantu orang Melayu tetapi hanya menyenangkan tembolok golongan tertentu terutama keluarga Abdullah dan individu yang berkepentingan.
Tun difahamkan tidak akan menyertai parti lain tetapi menggesa ahli Umno lain yang turut tidak berpuas hati mengikut jejak langkahnya.
Pada pendapat penulis, tindakan mengejut Tun ini kurang rasional di saat kegetiran dan perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu sekarang.
Tun, sebagai bekas pemimpin Umno harus mengambil langkah wajar untuk membetulkan perkara yang tidak kena berlaku di dalam Umno ketika ini.
Bagaimanapun, difahamkan ada ‘tangan-tangan’ yang menghalang Tun daripada berbuat demikian. Ketika ini, pasti berlaku perpecahan yang ketara di kalangan dua kem Umno.
